status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, December 9, 2017

Wordless Saturday



Assalamualaikum ! !
subhanAllah, hari ni tergerak nak menaip lagi setelah sekian lama menyepi,
sejujurnya sekarang masa menaip tidak serancak dulu..

Dua hari ni dunia islam menangis, Baitulmaqdis dirampas oleh Mr Trump yang berani membuka pintu neraka Allah.
Sungguh aku menyelar tindakan Mr Trump. Berani dia menaikkan agenda ini,

Dan sungguh tanda kiamat adalah salah satu dari peristiwa Baitulmaqdis ini. Allahuakhbar!

Dan kehidupan seorang cikgu tadika yang cuba berdedikasi ini, adalah urusin lesen kereta, buat cermin mata dan bayar MARA tiap bulan, settle conversion MARA.
mugo dapat less 10% atau 15% okay yakmat dah! tolong doakan lulus conversion MARA itu.

masih memikirkan rencana 2018 lagi, kadang berasa kusut dan kadang pening fikir, tapi jauh sudut hati, daku rasa tahun depan futher studies tapi bidang food techno juga tapi part time. insyaAllah kheir lillah.  


anak teacher sesi 2017, kids, little caliph kindergarten. best !

Alhamdulillah, selesai satu babak chemical engineering, naik pentas konvo sangat best masyaAllah ! 


sekarang masih menyusun, merangka roadmap hidup, moga Allah redha dan Allah tolong aku.
terima kasih sudi baca, dah baca tu, tolong doakan teacher afiqah umairah ya ! 

salam sayang, 
afiqah umairah 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...